Kampus Unirazak Sarawak strategik, penuhi keperluan

News & Updates

Kampus Unirazak Sarawak strategik, penuhi keperluan

UNIVERSITI Tun Abdul Razak (Unirazak) telah ditubuhkan pada 18 Disember 1997 sebagai salah sebuah universiti swasta pertama di Malaysia.

KENANGAN: (Duduk dari kiri) Caren Christine Yee (BPIEF Finance), Dorge Rajah (pengerusi BPIEF) bersama Ketua Eksekutif Unirazak Institut Pengurusan Dinamik Marzuki, Pengarah Kewangan Unirazak Hamizah Mohidin, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Juriati Bujang serta kakitangan Unirazak yang lain.

Dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak, universiti telah memulakan ambilan mereka dengan 162 pelajar pada September 1998.

Pada 21 Disember 1998, universiti secara rasminya dilancarkan oleh anak sulung Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri kini.

Sejak itu universiti telah menjadi salah sebuah insitusi pengajian tinggi swasta pertama di Malaysia menerima sijil SIRIM ISO 9001:2000.

Terkini universiti telah menerima anugerah berprestij status pensijilan-MSC.

Di negeri ini, Pusat Wilayah Unirazak Sarawak diuruskan Institut Pengurusan Dinamik Sarawak iaitu institusi pendidikan yang menguruskan program Universiti Tun Abdul Razak bagi wilayah Sarawak.

Ditubuhkan pada 1998, institusi menawarkan rangkaian program berkualiti tinggi daripada diploma sehingga ijazah sarjana muda.

Dengan lokasi strategik terletak di Jalan Haji Taha, Kuching, kampus amat berdekatan dengan bank, masjid, kuil Sikh, tokong, kedai makan dan juga pusat bel-belah dengan hanya berjalan kaki.

Kampus senang akses memandangkan ia terletak di tengah bandar raya Kuching termasuk dengan terminal bas, stesen teksi malahan jeti perahu penambang yang menghubungkan semua laluan pergi dan balik dari kampus ke seluruh Kuching.

Manakala bagi kampusnya sendiri ia terdiri daripada salah satu bangunan utama di Wisma Mornie dan sebuah blok di Annex Block kini dengan kapasiti 14 bilik pensyarah, sebuah dewan utama, tiga makmal komputer, satu pusat sumber dan kawasan lazim bagi pelajar.

Bagi bilik pensyarahnya ia memiliki penghawa dingin sepenuhnya dan disediakan dengan LCD serta komputer riba bagi memudahkan mereka mengalami pengalaman pembelajaran lebih interaktif.

Makmal komputer yang mempunyai lebih daripada 100 unit komputer semuanya akses kepada internet dan dipasang sepenuhnya dengan perisian berkaitan bagi memudahkan penggunaan kepada pelajar.

Kampus juga disediakan dengan WiFi bagi memudahkan pelajar menggunakan internet di mana sahaja mereka berada sama ada di dalam kelas, kawasan sekitarnya, pusat sumber atau lobi utama.

Visi bagi Unirazak adalah untuk menjadi institusi pendidikan swasta utama dan diiktiraf dalam menyediakan pendidikan yang mampu dan latihan bagi melahirkan insan berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Sementara itu bagi misinya, universiti menekankan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkualiti bagi memenuhi keperluan peribadi mereka dan jangkaan dalam memilih profesion dan industri.

Antara kursus yang ditawarkan di Unirazak Wilayah Sarawak terdapat enam program akademik di peringkat diploma dan prasiswazah iaitu Diploma Pengurusan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti Pengurusan.

Kesemua program akademik telah dibangunkan melalui rundingan rapi bersama rakan niaga dan industri, sektor swasta dan profesional.

Ia diluluskan Kemente-rian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) dan diwujudkan bagi meme-nuhi standard kualiti tinggi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Comments

There are no comments yet.

Copyright Borneo Post International Education Fair 2010-2014. All rights reserved.